Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.
Ya Allah, sesungguhnya kau yg maha mengetahui..
Sy masih bersedih dgn kematian anak dalam kandungan dua minggu lepas. Kehadirannya tidak dirancang tetapi sgt dialu alukan dgn penuh kegembiraan oleh sy, suami dan keluarga kami.
Mendirikan rumah tangga awal tahun 2014, Allah bagi sy rezeki agak awal, pastinya sy amat bersyukur atas nikmat yg Allah berikan. Setiap kali mendirikan solat sy akan berterima kasih pada Allah dikurniakan suami yg sangat baik gan nikmat mengandung yg tidak dapat digambarkan dengan kata- kata.
Tapi Allah adalah sebaik2 perancang. Anak sy Sofia mati/meninggal dalam kandungan (stillbirth) pada usia 25 weeks / 6 bulan. Sy bagaikan tidak percaya dengan hakikat ini. Mungkin kerana 4 hari sebelum itu (Khamis) sy baru buat check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan anak sy berada dalam keadaan baik, Checkup menunjukkan heartbeat Sofia 154. Jumaat sy berkerja dirumah, sabtu sy hadiri kenduri kahwin & open house, Ahad sy berjalan kaki dgn suami pada waktu pagi dan selebihnya menghabiskan masa bersama dirumah.
Isnin sy kembali ke office, since kandungan sy dah 6 bulan sy xsabar nk tahu jantina anak sy sepatutnya sy ada appoitment di Hospital Columbia Asia Cheras(sy check pregnancy private and gov) pada hari rabu tapi sy just xsabar selepas lunch sy pegi ke klinik Ibnu Sina di Cyberjaya. Sy ckp dgn doctor sy nk tahu jantina anak sy..
Doctor letak gel and mula scan perut sy.. Tapi dia diam je dan cakap 'sy tak dapat jumpe heartbeat baby, and baby not moving. ' sy xpercaya. Sy diam xberkata. Dia ckp dia akan siapkan surat utk sy refer to specialist dia tak boleh nk confirm ape2..
Sy tunggu surat and sy xnangis. masuk kereta call husband sy mula nangis sbb sy baru teringat last scan baby sofia mmg sgt active kaki dia xberenti bergerak... sy mula percaya ckp doc.
Husband suruh sy bertenang. Dia akan balik secepat mungkin. Sy pulak kesat air mata dan balik ke office utk amik brg2 sy. Sy ckp dekat team lead sy I got half day leave I got to go.
Sy balik ke rumah kami di Putrajaya. Sy baring dan cuba merasa gerakan Sofia. Sy rasa ada denyutan diperut dalam hati ckp maybe doc was wrong Sofia still here. sy baring smbil tunggu suami balik.
Sampai saja dirumah sy suruh suami pegang perut sy. sy ckp ada denyutan kan syg? something is still moving here.. Suami angguk. Kami menunaikan solat asar dan bercadang nk pegi ke Klinik Maria di Alamanda just for another confirmation before decide pegi hospital and sadly yes.... Sofia is not there.
Since sy ada bad experience with private hospital kitorg decide nk pegi hospital kerajaan. Hospital Serdang. We believe hospital kerajaan ada facilities yg bagus compared to hospital private.(will talk about this later)
Pergi emergency tapi kene pegi wad bersalin sebelah tu. Daftar and kami menunggu doc utk membuat pemeriksaan.
Doc Farah panggil sy utk scan, and yes again Sofia has passed away -Intrauterine Death IUD. Doc terangkan that baby gone more than 24hours, looking at her size and etc. Doc terangkan kemungkinan yg terjadi apabila your baby is stillbirth , could be infection from vagina la, placenta la. etc.. Doc bg option utk keluarkan baby. Doc ckp we can wait smbil baby membusuk and naturally kuar or induce with contraction mcm org bersalin. Right away sy dan husband jwb nk buat induce but not on that day, tapi kiorg minta one day utk rest and doing the induce the next day (rabu) I guess that is the best decision. I dont want to carry Sofia yg dah meninggal and give false hope to myself. Kami jelas dgn penerangan doc and before balik Putrajaya kitorg singgah rumah both our parents.
Of course Parents sgt bersimpati dan sy pun simpati dgn mereka. :( they are too old to hear this sad story. Tapi sy tahu sy kene kuat sy xboleh nk tunjuk sy lemah depan mereka.
Malam tu sy dan husband tido dgn air mata. Sy kesiankan suami sy. kesiankan diri sy, kesiankan family sy. Sy sedih bile tgk brg2 yg sy dah beli utk baby kami. Baju2 yg sy kumpul sikit2..
Tapi.. sy buat2 kuat depan husband. Sy ckp sy nk makan aiskrim esok jom pegi Ikea nnti pantang xdapat makan.
Makanan kegemaran pun rasa xsedap lagi. Bile sy tenung muke suami sy yg tgh mkn, sy rasa nk nangis...Suami slalu ckp. kita kene serah diri pada Allah. Esok sy dh kene masuk wad. Sy kene kuarkan Sofia. dalam hati sy ckp moga Allah permudahkan.
Malam tu kami sembahyang magrib bersama. Suami jadi Imam, baca yasin, solat insyak and solat hajat bersama.. bile air mata sy nk kuar sy tahan.. Suami sy mmg sgt memahami... dia buat2 kuat..
selesai solat bile masa sy nk salam dia, sy peluk suami kuat2.. dia kekuatan sy. Sy tahu mungkin dia xpaham perasaan sy ketika itu.. Sblm ni sy slalu ckp dgn dia sy suke diri sy ketika sy pregnant. Sy suke mengandung.. sy suke perubahan diri sy. semuanye manis bagi sy. Bile sy nk ulang balik kata2 sy husband ckp .. 'sy tahu' sy menangis dgn kuat dan suami pun sama menangis. dia ckp 'sayang jgn mcm ni'...
Kami tido dan bersedia ke hospital untuk keluarkan Sofia.
28 Aug 2014. Sy masuk wad kelas kedua, walaupun sy layak utk kelas pertama Doc ckp kes sy emergency. kelas pertama jauh.. and xramai doc/nurse standby kt sana. Sy dimasukan ubat pertama pukul 4.30ptg. Family mak mertua dtg melawat.. Sakit2 sikit tapi boleh tahan. Suami kene balik.. Dia xboleh tunggu sy sbb sy kene kuarkan baby kt wad bkn labor room. Sy nk nangis tapi husband ckp jgn risau minta di permudahkan.
Itulah doa sy sepanjang malam.. Semoga Allah mudahkan.
Pukul 11 doc masukan ubat kedua. Contaction makin kerap dan sakitnye hanya Allah je tahu.. pukul 12 nurse ckp klu tak kuar nnti kita masukan ubat lagi kul 4am. Ya Allah sampi kul 4 sy kene tahan sakit ni. mudahkanlah sy Allah.. mudahkanlahh...
Kul 1am, mungkin Allah dgr doa sy.. contraction makin kerap. selang masa 10 saat je sy dapat rehat.. suhu bdn sy panas and sy diarrheaa atas katil kesan ubat..sy lemah. tapi sy tahu sy kene kuat utk kuarkan Sofia.
1.40am Sofia kuar dihadapan doc and nurse.. Nurse usap rambut sy. berpeluh2 sy.. Nurse ckp 'kesian.. anak pertama xde pengalaman..' Sy berhenti menangis, sy beristifar and ckp innalillah. sy amik nafas sebelum bgn utk bersihkan diri dari darah yg byk kuar.. Sy msg suami sy ckp sy dh selamat kuar Sofia. Allah permudahkan urusan ini. Sy amik panadol dan tido sblm nurse kejut sy utk scan rahim..
6.30am, Doc ckp ada lagi tissue uri dalam rahim sy.. dia cuba amik dgn jari tapi still ada so klu pagi nnti xkuar maybe kene buat dnc. Second scan 10am. yes. ada lagi
Kul 3.00pm sy buat dnc bius separuh badan. Sy baring 6 jam. Suami uruskan urusan pengkebumian Sofia. Suami ckp Sofia cantik mcm sy.. Sy xtgk Sofia. Sy xsanggup tgk Sofia. Semua ckp Sofia cantik... sy bersyukur urusan pengebumian berjalan lancar walaupun sy masih dihospital. Sy xsabar nk balik...
Jumaat dlm pukul 4ptg sy dibenarkan balik. Sy bgtahu kawan2 kehilangan Sofia.. terutama kwn2 yg saing2 bersalin dgn sy nnti.. sape2 yg nk dpt melawat sy xbagi.. Im too weak and xnk ulang2 cite. no visitor allowed.
Today.
Sy berpantang, sy cuti 2 bulan. I sentiasa merindui Sofia anak sy.. Sakit bersalin mmg epic tapi sakit bersalin anak xde lagi epic. haha.
Kadang2 bile berdua dgn suami. sy akan tanye why question, knp sy? knp kita? Suami akan ckp 'sbb kita awesome syg...'
Sbnrnye sy malas nk pegi keje.. mls nk jumpe kwn2 office. sbb perut sy xnmpk masa 5 bulan tapi bile 6bulan baru org notice.. now tetiba dah xde.. :(
Semoga sy redha dgn ketentuan Allah. Semoga sy kuat. Semoga sy nampak keindahan kehilangan ni. Semoga sy dapat nikmat akhirat dari dugaan ini. Semoga sy dekat dgn Allah. Semoga sy paham hakikat kehidupan ini. Semoga sy tak lupa. Semoga sy terus berusaha. Semoga sy tabah.
Semoga sy bahagia bersama anak tersayang satu hari nanti. InsyaAllah.
Sofia saham akhirat sy dan suami.
**Jika ada pembaca yg mengalami pengalaman yg sama komen amat2 lah dialukan..
Some things in life just do not make sense and are not fair. I often wonder why...but all we can do is keep going. You have survived so far, means you are strong. It will hurt and will always but time will teach you to live with it. I have not been through what you have been but I know feeling of loss, not that any loss would compare to yours...and I know that time does not make it easier or less painful but numbs it, we kind of find space for the grieve and know how to live with it and to go on...
All I say feels so empty cause there really is nothing that anyone can say to make it better but one thing, you are not alone. Try to talk to people...it really helps. Repetitions numbs the pain and you will see how others coped and you will feel for them like we do for you and it will lessen some of your pain..
Lots of hugs to you
2 comments:
Menangis sy baca kisah awak. Sy kehilangan janin yg masih kecil dah rasa sgt sedih, apatah lg awak. Semoga tabah menghadapi ujian-Nya. Jangan takut untuk mengandung lg k. Berpantang elok2. Sy tau awak kuat!
saya pun menangis, sbb baru stillbirth baby kurang 4 bln lepas..wallahi mmg sgt sedih baby 1st ni
Post a Comment