Tuesday 30 September 2014

Jauh lagi

aku cemburu. aku cemburu dgn kelahiran bayimu. aku dh siapkan nama untuk bakal anak ku. aku sedar perjalananku masih jauh.. menanti 6 bulan utk melihat jantina pun aku xsabar. inikan menunggu saat kelahiran utk memberikan nama.
pasti ada bahagian ku. tak didunia diakhirat.
semoga aku tabah. pasti ada hikmahnya.

Saturday 27 September 2014

Soalan & Jawapan

Anak Sulung Meninggal Dalam Kandungan
Assalamualaikum...ustaz,anak sulung saya(lelaki) baru sahaja meninggal dunia.saya tidak sempat menjaganya walau sedetik kerana dia meninggal sewaktu dalam kandungan lagi(9bulan)sewaktu lahir ke dunia dia sudah tiada.soalan saya, adakah saya berpeluang bertemu dengan anak saya selepas ini kerana saya amat menyayangi dan merinduinya.ustaz,adakah apa yang menimpa diri saya adalah pembalasan di atas segala dosa saya?sekian,terima kasih..

*****************
w'alaikumussalam

Alhamdulillah. Ramadhan Mubarak! Kami akan cuba menjawab soalan amiera dengan kadar kemampuan yang ada.

Innaa Lillaahi wa innaa ilayhi raaji’uun , Semoga Allah swt memberi kekuatan kepada anda didalam mengharungi ujian Allah swt, Amin.

-----------
(1)Sebagaimana yang di janjikan Allah swt, keluarga yang beriman yang terdiri dari Suami, isteri dan anak-anak akan berada bersama-sama masuk kedalam syurga sebagaimana didalam Firman Allah :-
جَنَّاتُ عَدْنٍ يَدْخُلُونَهَا وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ وَالْمَلَائِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِمْ مِنْ كُلِّ بَابٍ

"Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; " - [Surah al-Ra’d 13:23].

Salah satu dari Rahmat Allah keatas makhluknya ialah, jika anaknya beriman maka dia akan menyertai bapanya di Syurga yang sama taraf walaupun mereka sendiri tidak mencapai tahap tersebut, agar bapa mendapat kegembiraan bertemu dengan anak-anak mereka. Allah swt telah berfirman :-
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُمْ مِنْ عَمَلِهِمْ مِنْ شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

"Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. "-[Al-Thuur 52:21].

Kenyataan ini juga dapat dilihat didalam ayat yang lain yang merupakan do'a dari para malaikat :-
رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدْتَهُمْ وَمَنْ صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." -[Al-Ghaafir 40:8].

Begitulah keistimewaan orang-orang yang beriman. Mereka akan diketemukan bersama Suami dan isteri mereka, begitu juga dengan anak-anak mereka. Oleh itu, marilah kita sama-sama mempertingkatkan Iman dan Amal, lebih-lebih lagi didalam bulan puasa ini, moga-moga kita menjadi orang-orang yang disebut didalam firman Allah swt diatas ini.
------------------

(2) Musibah yang Allah swt turunkan kepada hambanya didunia ini, mempunyai beberapa kebaikkan didalamnya. Baik musibah itu diturunkan akibat dari dosa yang dilakukan oleh hambanya atau ia merupakan hamba Allah yang terpilih untuk diuji. Tidak kira apa sebab musibah diturunkan, natijah (keputusan) nya ada 2 :-

1. Redha dengan ujian yang Allah turunkan, lantas Allah cinta kepadanya
2. Tidak Redha atas ujian Allah, lantas tunggulah janji-janji Allah swt, kerana azab Allah swt amat pedih.

(a) Islam melihat adalah lebih baik diturunkan balasan didunia ini daripada ditangguh sehingga ke hari Akhirat. Pembalasan didunia akan menjadikan hamba Allah itu menyedari dirinya sendiri, lantas bertaubat kepadaNya, dan dihari akhirat dia akan digolongkan sebagai hambaNya yang beriman. Kerana sesungguhnya, peluang bertaubat itu hanya ada di dunia sahaja! Nabi saw bersabda :-
إذا أراد الله بعبده الخير عجَّل له العقوبة في الدنيا ، وإذا أراد بعبده الشر أمسك عنه بذنبـــه حتى يوافيه به يوم القيامة

"Apabila berkehendakkan baik keatas hambanya, Ia akan menyegerakan pembalasannya didunia, dan jika ia berkehendakan buruk keatas hambanya, dia akan menahan dosanya sehingga ia datang bersamanya pada Hari Kiamat" - [Hadith riwayat Al-Tirmudzi #2396; dikelaskan sebagai Sahih oleh Al-Albani]

Begitulah tanda-tanda kebaikkan yang Allah tunjukkan keatas hambanya dengan menurunkan pembalasan didunia dan tidak di akhirat.

(b) Musibah yang turun kepada manusia itu bagaikan ubat yang sangat pahit yang mujarab. Menurut sebuah hadith :
إنَّ عِظم الجزاء من عظم البلاء ، وإنَّ الله عز وجل إذا أحب قوماً ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

"Ganjaran yang teragung datang dari bala yang hebat, seseungguhnya Allah azza wajalla apabila dia cinta kepada sesuatu kaum ia akan menurunkan sesuatu bala bencana kepada mereka, Barangsiapa yang reda maka baginya mendapai keRedhaan Allah, dan baransiapa yang kesal/complain akan mendapat kekesalan" -{hadith riwayat Tirmudzi no:2396, Ibn Majah 4031 dan dikelaskan sahih oleh Al-Albani].

(c) Musibah akan menghapuskan dosa seseorang hamba Allah swt dan akan menaikkan darjatnya disisi Allah swt. Nabi saw bersabda :
ما من شيء يصيب المؤمن حتى الشوكة تصيبه إلا كتب الله له بها حسنة ، أو حطّت عنه بها خطيئة

"Tidak ada sesuatu perkara pun yang akan mengecewakan seorang beriman walaupun diguri duri, akan tetapi Allah saw akan merekodkan satu kebajikan baginya dan akan menghilangkan satu keburukan darinya" - [Hadith riwayat Muslim].

Didalam hadith yang lain, dari Abu Hurairah ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw :
مَا يَزَالُ الْبَلَاءُ بِالْمُؤْمِنِ وَالْمُؤْمِنَةِ فِي نَفْسِهِ وَوَلَدِهِ وَمَالِهِ حَتَّى يَلْقَى اللَّهَ وَمَا عَلَيْهِ خَطِيئَةٌ

"Bala akan terus menimpa orang beriman lelaki dan wanita keatas diri mereka, anak-anak dan harta mereka, sehingga mereka bertemu Allah tanpa dosa keatas mereka" - [Hadith riwayat Al-Tirmudzi #2399, dikelaskan sahih oleh Al-Albani didalam al-Silsilah Al-Sahih #2290]

Sheikh Ibn Utsaimin apabila ditanya mengenai apakah musibah buruk boleh menghapuskan dosa, beliau menjawab :-
نعم كل ما يصيب الإنسان من مرض أو شدة أو همّ أو غمّ حتى الشوكة تصيبه فإنها كفارة لذنوبه ، ثم إن صبر واحتسب كان له مع التكفير أجر ذلك الصبر الذي قابل به هذه المصيبة التي لحقت به ، ولا فرق في ذلك بينما يكون عند الموت وما يكون قبله ، فالمصائب كفارات للذنوب بالنسبة للمؤمن ويدل على هذا قوله تعالى : ( وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفو عن كثير ) الشورى/30 فإذا كان ذلك بما كسبت أيدينا دل هذا على أنها مكفرة لما عملناه منها وكسبناه وكذلك أخبر النبي عليه الصلاة والسلام بأنه لا يصيب المؤمن هم ولا غم ولا أذى حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها عنه .

"Ya, semua penyakit, kesukaran, risau atau stress yang menimpa seseorang, walaupun diguris duri, adalah penghapus dosanya. Maka jika ia bersabar dan berharap akan ganjaran Allah swt , bukan sahaja ia akan menghapuskan dosa, malah ia akan mendapat ganjaran diatas kesabaran ia menghadapi bala yang menimpa dirinya. Tidak ada beza samada pada masa kematian atau sebelumnya. Bala adalah penghhapus dosa kepada orang yang beriman. Dalilnya didalam firman Allah swt :-

'Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.' - [al-Shoora 42:30]

Disebabkan ini adalah balasan darim akibat tangan kita sendiri, ia menunukkan satu penghapusan keatas perkara yang kita lakukan. Nabi saw khabarkan agar seseorang itu jangan bimbang. tekanan atau kesakitan yang menimpa orang Islam, walaupun sebesar duri sekali pun, Maka Allah swt akan menghapuskan dosanya itu".

(d) Ganjaran yang besar tatkala beribadat dimasa ditimpa musibah. Diriwayatkan dari Ma’qil ibn Yasaar bahawa Nabi saw bersabda :
الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَيَّ

"Ibadat dimasa tribulasi dan tidak menentu bagaikan berhijrah untuk menyertai Allah" - [Hadith riwayat Muslim #2949]

Imam Al-Nawawi didalam komentar hadith ini mengatakan bahawa ganjaran yang sebesar ini diberikan oleh Allah swt adalah kerana pasa masa tribulasi dan keadaan tidak menentu, jarang sekali manusia akan ingat kepada Allah swt.
----------------------------

Kesimpulannya, orang beriman akan masuk kedalam syurga bersama Suami, Isteri dan anak-anak mereka. Musibah yang menimba seseorang itu merupakan satu ujian dari Allah swt untuk melihat siapa dikalangan hambanya redha menerima ujian. Seseorang yang dilanda musibah hendaklah bersabar dan redha dengan apa yang Allah swt turunkan. Keredhaan ini lah yang akan meningkatkan martabat keimanan seseorang! Disamping bersabar diaats musibah, tidak putus-putuslah memohon ampun dan bertaubat kepada Allah swt, lebih-lebih kita berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. wallahu'alam.

wassalam
=======
Rujukan :

1. Shiekh ibn Utsaimin. al-Fataawa al-Jaami’ah li’l-Mar’ah al-Muslimah,. Riyad : Muassasah Ibn Utsaimin, 2001. ms 1138

Thursday 25 September 2014

Wednesday 24 September 2014

Have faith

Flashback.

Rasa perasaan paling tak kuat ialah bile bgn tido. time tu sy akan ingat kat Sofia. Its like mcmane kau nk face hari ni dgn ape yg dh berlaku? too many things in your mind. 

All the time, dlm kepala sy ada flashback kejadian kat klinik bile sy tgk image kat screen yg Sofia dh xde heartbeat. Macamane image tu, macamane reaction doc time tu and how I truly feel that time.

It so unreal. sbb xnk percaya. In denial mode.

I hope I can forget that. sbb sy mmg xboleh lagi nk buat scan ultrasound. If sy ada baby lagi. Sy xboleh nk pandang screen. Maybe sy belum pulih.

Sekarang ni dalam hati sy ada perasaan membuak2 nk ada baby lagi secepat mungkin.
Tapi if ever bende yg sama jadi mampu ke nk hadapi lagi? belum bersedia.

Maybe tunggu sampai. Sy redha dgn pemergian Sofia, and sy bersedia nk ada baby lain no matter what will happen.

Ya Allah.

Be good.

Tuesday 23 September 2014

She.

If anyone ever read my blog. Doa doakan sy kuat. Doakan rezeki sy murah and dapat baby. Sbb sy sedih today.

Can I let you go?

Masa mengandung dulu. I always wanted a baby girl. maybe sbb anak buah sy semua lelaki. 3 from my family.and 3 from my husband's family. mcm okay enough with baby boy.. haha.. I never knew I had a girl until I actually giving birth to Sofia. :( Mmg early pregnancy dh panggil nama baby Sofia even xtahu laki ke pompuan.

Time husband bgtahu its a girl.. I was sad. rasa nk menangis kuat2.. tapi my parents dtg melawat pulak time tu kat hospital. Tahan je dulu nnti diorg sedih pulak.

Kan best kalau Sofia survive..

Sy nk tgk Sofia growing up, how she looks like and whats her character.

Takpe lah. bukan rezeki sy, bukan rezeki atok and nenek Sofia nk main2 dgn cucu pompuan.

I miss you Sofia syg. every time I lay down and touch my belly. I remember I always do that to touch you. to feel you inside me.

Astagfirullah Innalillah.

Bile boleh 'let go' Sofia ni? 

Pic kenang kenangan with Sofia. :( I have uploaded the pic in Instagram tapi biar je situ tak delete. I'm proud I get a change to have you Sofia even for 6 months.

Monday 22 September 2014

Rindu Sofia.

:)

Weekend spent well with husband

Walaupun dia demam.

Everyday actually sy bersyukur ada suami sy. Tapi jarang sy nk tunjuk sy syg kat dia. Dia lebih sweet dari sy.

Most of the time he understands me. takboleh nk ckp dia mmg betol2 phm sy sbb kadang2 ada jugak makan hati ��
tapi jarang sgt.

He adores me. maybe sy mmg taste dia. haha.

Alhamdulillah.

Emak.

Perbualan dgn Mak most of the time bile ckp bende yg general mmg okay. tapi bile ckp bende yg penting slalunye sy takkan puas hati. Lebih lebih lagi ckp pasal perasaan sy.. or how I truly feel.
maybe mentality kita berbeza maybe mak takpaham sy. Or maybe ape yg sy cuba smpaikan tak sampai2..

Kadang2 ia membawa kepada perasaan yg disappointed. She never understand me or trying to think the way I think.

Sama la kalau ckp psl arwah Sofia. Knp Sofia meninggal, Mak tak paham2 bile sy terangkan.. I have to repeat all over again... Mak tak paham ape yg sy lalui. At some point sy rasa Mak mcm salahkan sy.

Sy tak minta org simpati kat sy, even more sy tak suke org bersimpati pada sy.. sbb most of the time I needed someone by my side biasanya I will ended up solving the problems and emotions alone. Maybe I don't trust anyone. not even my blood?

Tapi Mak awesome je. Sometimes je sy tak dpt support yg diharapkan. but all.okay. I can handle myself.

Sy pun bnyk salah.

Friday 19 September 2014

Everything I put on you.

Come to think... 6 bulan bukan jangka masa yg singkat.. 6 bukan tu setengah tahun..


Bukan kejap sy mengandungkan sofia.


Walaupun sy sedaya upaya untuk sabar dan redha atas ketentuanNya.


Setiap hari pasti air mata sy menitis mengingati nasib sy..


Kan  best klu semua ni tak terjadi..


Sofia ada di sisi sy dlm keadaan sihat..


everything will be okay..


kan best..


Tapi sesungguhnye Sofia tu hanyalah pinjaman..


Tiada yang kekal di dunia ni.. semua milik Allah.


Kdg2 sy teringat.. semua persiapan sy untuk Sofia.


semua nya manis...


pasti ada hikmahnye semua ni..... percayalah.













Wednesday 17 September 2014

After a stillbirth. Apa yang perlu dilakukan selepas anak meninggal dalam kandungan

After a stillbirth

After giving birth to a baby who has died you will have decisions to make, but take things at your own pace and discuss what you would like.

If you are worried about seeing the baby you might want to ask your midwife to describe how the baby looks, or ask your birth partner to look first and tell you.

You don't have to look or hold your baby if you are not ready or really don't want to. Years ago many women who had stillbirths were not allowed to see their babies. Some are still sad that they never had this experience. Think about how you feel now, but also how you might feel in the future.

There are a number of ways you could store memories of this confusing time. Ask your midwife about building a memory box. You may want to take lots of photos of the baby, or take hand and footprints. You may like to invite members of your extended family or other siblings to come and meet the baby. Or you could dress the baby in particular outfits or bath him. You might want to sleep with your baby in a cot next to you for the night or be alone with your baby. Take as much time as you need.

Post mortems
Soon after your baby is born you will be asked if you would like your baby to have a post mortem examination. The hope is that this may reveal a cause of your baby’s death. Unfortunately the results are not always conclusive, and even after a post mortem it may not be possible to give you an exact reason why your baby died.

Even if the results are inconclusive they may give you helpful clues about what didn’t cause the death, or give you some information that may mean any future pregnancy is managed appropriately.

Whether to have a post mortem is a very personal decision. You may have lots of questions about how and where it is performed, and what the results might tell you. Talk to the midwife and doctors caring for you about your concerns and questions. There is no pressure either way – it is entirely up to you. There may be religious reasons why you feel you must refuse. If you are worried about being able to have a burial quickly speak to the doctors as you may be able to have the post mortem brought forward.

If you do decide to have a post mortem make sure you are clear how long you will need to wait for the results and how they will be shared with you. Quite often you will need to wait a few weeks before the results are available and they may be given to you at a follow up appointment with a consultant approximately six to eight weeks after the birth.

Registering the stillbirth
It may seem very hard, and yet another painful thing that has to be done, but you will need to register the stillbirth of your baby. Some parents, however, are able to see this as a positive step as ensuring that their baby has a proper identity and that their details are available for generations to come.

Whilst you are in the hospital you will be given the necessary details to have your baby's stillbirth registered. In some hospitals a registrar is able to visit the ward before the mother leaves hospital. Otherwise you may need to make an appointment at the local office for registration of births, deaths and marriages. You have up to 42 days after the stillbirth to do this.

The midwife caring for you, or the registrar's office, will be able to explain to you who can register the stillbirth, when and what paperwork and information you need to take with you. Remember that the rules regarding the father being included on the form are different if you are not married.

Arranging funerals, burials and cremations
Again, the arrangements that you choose to make to mark your baby's death are very personal. You may have important religious wishes that you would like observed, or you may want a very different type of event. You may choose not to be present and to allow the hospital and their undertaker to make all the arrangements.

Whatever you choose to do there will be some decisions to be made and paperwork to be completed. Don't feel pressured to make decisions before you are ready. Take time to talk to those close to you about what you would like to do.

Organisations such as SANDS (http://www.uk-sands.org.uk/), The Stillbirth and Neonatal death charity, have leaflets and lots of information available about these choices. You may like to read their information on organising funerals for more help with these options.

Going home
Going home without your baby can be a particularly painful experience. You had probably imagined the homecoming with your baby, showing him around your house and sharing the excitement with your family. You may have left the house in a hurry for an antenatal appointment and not gone home since.

Try to think ahead and tell your family or friends what you want. Some well-meaning family or friends may think you don’t want any reminders of the baby and remove baby equipment or clothes and toys from the home, but that may not be what you want. Would you rather tidy and spend time in the nursery over the next few weeks as you grieve? There may be other practical things you can ask your friends or family to do, such as going to your home ahead of you and washing up, hovering or anything else you feel will make going home easier.

Physical recovery
Following a stillbirth the grief and shock of everyone around you can mean that it is easily forgotten that you have been through the birth and that your body will need to recover in the same way as any woman who has given birth. You may well have after-pains as your womb returns to its usual size and you may require pain killers. Your breasts will produce milk and you may have had stitches or be sore from the birth.

Do remind people that you may need help with some physical tasks and don’t dismiss your physical recovery as unimportant compared to the emotional journey that you are on. A midwife will still need to check your recovery; do ask for help if you are suffering from any issues from the birth.

Trying for another baby
This is obviously a very personal decision to make and what is right for one couple isn't right for another. You may not be ready to even read this, while another woman may want to think about trying for another baby as soon as possible. Having been so far into your pregnancy means you will need time to allow your body to recover physically from the pregnancy and birth. Talk to your doctors about how long you should wait; you will usually have a follow up appointment arranged for around 6 weeks following the birth.

They will also be able to talk to you about how any future pregnancy would be monitored and this may help you to plan what you would like to do. Other factors such as your age or general health should all be considered when you are making your choices.

Talk together as a couple, but don't be surprised if one partner feels ready before the other. This is something that you will need to discuss and agree upon. Your next period usually comes around 4 to 6 weeks after the stillbirth but you will be bleeding for a few weeks following the birth so it can sometimes be hard to know.

Remember that you will probably ovulate and be fertile 2 weeks before your first period so you could in theory become pregnant very shortly after the stillbirth. If you don't want this to happen then use contraception such as condoms.

If no known cause was found it is unlikely that you would suffer another stillbirth but talk to your doctors about your individual chances. If there were causes found, such as diabetes, pre-eclampsia or other medical conditions, then there may in theory be an increased risk. However, you are likely to be very well monitored, and potential problems could be found earlier. Your medical treatment may be altered meaning that your baby could be delivered earlier before problems arise.

Talk to your medical professionals about what you can expect and how potential problems would be avoided. If you feel that you would want to be cared for at a different hospital, or with a different medical team, talk to your GP about who you should see and how to get a referral.
 

Sources

Macdonald S, Magill-Cuerden J, Mayes’ midwifery, Edinburgh: Baillir̈e Tindall Elsevier, 2012

National Institute for Health and Care Excellence, Postnatal care: routine postnatal care of women and their babies, London NICE, 2006

Stillbirth (Definition) Act 1992, Definition of stillborn child, Section 1(1), London The Stationery Office, 1992

Gov.uk, Register a stillbirth, Gov.uk London, 2014. Available from: https://www.gov.uk/register-stillbirth (accessed 15 April 2014)

Royal College of Obstetricians and Gynaecologists, Late intrauterine fetal death and stillbirth, green top guideline 55. London RCOG,

http://www.tommys.org/page.aspx?pid=798

Saturday 13 September 2014

Pantang?

http://bidanbersalin.blogspot.com/2011/05/keguguran-dan-berpantang.html?m=1

Friday 12 September 2014

Miscarriage & Stillbirth

Bile google2 ramai yg share experience pasal keguguran (kandungan kurang dari 20minggu) tapi tak ramai yg share pasal stillbirth @ meninggal dalam kandungan (kandungan lebih dari 20minggu) sumber sy mostly dari overseas. UK, US etc.. maybe stillbirth lebih diberi perhatian diluar negara, maybe sokongan disana mudah didapati or maybe stillbirth sesuatu yg terlalu peribadi untuk dikongsikan atau mungkin stillbirth sesuatu yg rare diMalaysia. Tapi sy percaya stillbirth bukan rare. Malah ramai yg experience stillbirth pada kandungan yg terlalu hampir dengan due date.

Daripada penulisan mereka kesedihan and keperitan stillbirth boleh sy rasai..  Kerisauan perkara yg sama akan terjadi pada next pregnancy mmg suatu yg menakutkan.

Honestly sy sgt takut.. tapi keinginan utk mengandung sy lebih tinggi..sy percaya rezeki anak ni Allah yg bagi Allah juga berhak untuk tarik balik...

Usaha okay.

I am happy for you.

Actually. Ramai je kwn2 sy yang due date lebih kurang sama dgn Sofia (early dec) or their kids born this year. Sy happy bile kawan2 dah selamat lahirkan baby diorg. Alhamdulillah. Walaupun sy xsanggup nk tatap baby2 tu.. sy taknk hati sy terusik sgt dan banding2kan nasib/rezeki sy.  InsyaAllah masa sy akan sampai. It is really difficult to tell them that I have lost my baby.. tapi kene ckp jugak sbb xnk nnti diorg tnye..

Tapi sy rasa diorg paham.

Sy je takpaham2. Hakikatnya seperti yg suami sy selalu ckp:

Kita dh belajar yang hidup ni tiada yg pasti, hanya mati itu pasti.

Begitulah..

Perhaps. I would feel the same?

Hi

1 month ago i lost my beautiful baby boy at 36weeks and 6 days due to a umbilical cord accident. we are doing alright, i have good days and very bad days where i feel really empty, sad and i miss him so much. my husband and i are ready to try again but we know nothing will replace him, i am really afraid  to conceive next time or if i do, worried if this could repeat.
has anyone had a successful pregnancy after a stillbirth and how soon one can try

.... We lost our daughter at 37 weeks on 12/27.  I was told to wait 6 months for my mental health, but that physically we were clear to start as soon as my period came back.  It has been about 5 months since our loss, and I am almost 3 months pregnant now. 

Everything has been healthy and fine so far, but I will admit that I am having a very hard time bonding at all with this baby.  I keep feeling like it isn't real and waiting for something bad to happen.  A lot of people in my birth club are making these cute pregnancy announcements, and I feel like I can't do that- just in case.  I feel like I want to hide it from everyone until the baby is actually born.  I was really bummed out when my son figured it out and I had to tell my kids- especially so early on.  I went in for the doppler on Tuesday.  I had declined it at my last visit because one of my triggers is the silent doppler noise.  So, we heard the heartbeat and I just layed there and felt numb and blank.  No emotions.  The midwife was positive and said things are looking great.  All I could say was "It's too early."  She hugged me.

So, I'm going to say that waiting may be better emotionally.  I really don't know for sure because we didn't wait as long as they recommended.

#copypaste

15 hari.

Baru 15 hari berpantang.. bosan betol. Sy rasa sihat.. cuma emosi kadang2 tak sihat... Cepat la abis pantang ni.

Btw during pantang time ni. Most of the time sy google2 pasal pregnancy, stillbirth, miscarriage etc. Tapi sy bnyk baca pasal people yg trying to conceive..

Honestly mereka sgt tabah. Ada yg dh cuba  > 5 years tapi still takde rezeki. Mereka sgt bersangka baik pada Allah. Sy doakan yg baik2 utk mereka.

Sy percaya Allah ada rancangan terbaik utk kita.

Percayalah dan berserah diri pada Allah.

Wednesday 10 September 2014

Okay.



Nak mengandung lagi..

Tapi takut jadi mcm Sofia...

Bukan kita tentukan. Kita usaha okay? 


Random whatsapp I sent to my husband today. Memang selalu mcm ni. Tetiba je. He knows how to answer me and make me feel better.  






Bila rindu..

I miss you Sofia. Always. Forever.

30 Random Facts

1. I was born chubby and stick with it till now.
2. I talk a lot only with people i trust.
3. I cannot tolerate when im in stress.
4. Im a bit like my father but i wish im more like my mother.
5. I like outdoor activities.
6. Im bad at explaining things.
7. I don't like my past. I regret much of it.
8. Im actually stronger than I thought.
9. I like to watch CI channel.
10. Sometimes I take so much time when buying things
11. I can be rude, I choose not to.
12. When im sad. I don't need anyone. just give me space.
13. I still struggle in life
14. Im just average.
15. I like things that is practical
16. I want to be a mother.
17. Im lazy, im not an organize person.
18. Everything in my life depends on my mood.
19. I think Im funny on my own ways.
20. I like to enjoy food with people I love. But Im okay to eat alone.
21. I believe in Karma.
22. I dont think anyone would love me bcos its not easy for me to love everyone.
23. I actually don't like to be with my phone.
24. I love being pregnant. That is the best.
25. Most of the time I just chill. But when I think, I think too much.
26. I dont talk bout others / I dont like gossip.
27. I lost my baby girl at 6 months of pregnancy.May Allah bless us with another baby.
28. School time, I don't like teacher. I don't have fav.
29. I want to take care of my mother and father.
30. Most situation. I don't like sharing.

From Fb : Mutiara Hadits Pilihan

 Anak yang meninggal dalam kandungan akan memberikan syafa'at kepada orang tuanya #
Dalil-dalil yang menunjukkan bahwa anak yang meninggal akan memberikan syafa’at kepada kedua orang tuanya.
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda,
والذي نفسي بيده إن السقط ليجر أمه بسرره إلى الجنة إذا احتسبته
Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke dalam surga dengan bersama ari-arinya (سرره) apabila ibunya mengharap pahala dari Allah (dengan musibah tersebut) [HR. Ibnu Majah no. 1690]**
** [hadist ini masih diperselisihkan ulama mengenai keshahihahnya. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Ahkaamul Janaa’iz, dihasankan oleh Al-Mundziri dalam At-Targhib wat Tarhib 3/57. Di dhaifkan oleh An-Nawawi dalam Al-Khulashah 2/1066, Al-‘Iraqi dalam Mugnil Asfaar 1/373 dan Al-Bushari dalam Mishbahuz zujajah]
عن أبي موسى الأشعريِّ رضيَ اللهُ عنه أنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلم قال : (إِذَا ماتَ ولدُ العَبْدِ ، قالَ اللهُ لمَلَائِكَتِهِ : قَبَضْتُمْ وَلَدَ عَبْدِي ؟ فَيَقُولُونَ : نَعَمْ . فَيَقُولُ: قَبَضْتُم ثَمَرَةَ فُؤَادِهِ ؟ فَيَقُولُونَ : نَعَمْ . فَيَقُولُ : مَاْذَا قالَ عَبْدِيْ ؟ فَيَقُولُونَ : حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ . فَيَقُولُ اللّهُ : ابْنُوا لِعَبْدِيْ بَيْتًا فِيْ الجَنَّةِ وَسَمُّوهُ بيتَ الحَمْدِ) رواه الترمذي
Dari Abu Musa al-Asy’ari, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, maka Allah bertanya kepada malaikat, ‘Apakah kalian mencabut nyawa anak hamba-Ku?‘ Mereka menjawab, ‘Ya’. Allah bertanya lagi, ‘Apakah kalian mencabut nyawa buah hatinya?‘ Mereka menjawab, ‘Ya’. Allah bertanya lagi, ‘Apa yang diucapkan hamba-Ku?‘ Malaikat menjawab, ‘Dia memuji-Mu dan mengucapkan inna lillahi wa inna ilaihi raajiun‘. Kemudian Allah berfirman, ‘Bangunkan untuk hamba-Ku satu rumah di surga. Beri nama rumah itu dengan Baitul Hamdi (rumah pujian)‘.” [HR. At-Tirmizi dan dishahihkan al-Albani dalam Silsilah Alhadist Shahihah, no. 1408]
Dalam riwayat lain.
يقال لهم ادخلوا الجنة فيقولون حتى يدخل آباؤنا فيقال ادخلوا الجنة أنتم وآباؤكم
“Dikatakan kepada anak yang mati ini, ‘Masuklah ke dalam surga’. Kemudian si anak mengatakan, ‘Tidak, sampai orang tuaku masuk surga’. Kemudian disampaikan kepadannya, ‘Masuklah kalian ke dalam surga bersama orang tua kalian’.”
[HR. Ahmad dalam Musnad-nya 28/174 dan dinilai baik oleh Al-Arna’uth. Hadits ini dikuatkan oleh hadits-hadits shahih lain yang semakna oleh Imam Muslim, An-Nasai dan yang lainnya. Lihat Shahih at-Targhib wa at-Tarhib dan juga Fatawa Al-Azhar 8/104)]

This is my journey. He puts me here. It His plan. So I have just to carry on and trust Him.

People

“People might have a good opinion of you, or they might have a bad opinion of you, none of that means anything to Allah.”

Whenever you see a beautiful woman.

:)
do not compare yourself to her
she is beautiful
you are beautiful 
you both are two different kinds of beautiful
you can’t compare the sun to the moon
and you shouldn’t
so when you see that woman
you say “god bless her” and “god bless me”
and keep it moving, love.



Pengalaman. Stillbirth 6months

Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya.
Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya.

Ya Allah, sesungguhnya kau yg maha mengetahui..

Sy masih bersedih dgn kematian anak dalam kandungan dua minggu lepas. Kehadirannya tidak dirancang tetapi sgt dialu alukan dgn penuh kegembiraan oleh sy, suami dan keluarga kami.
Mendirikan rumah tangga awal tahun 2014, Allah bagi sy rezeki agak awal, pastinya sy amat bersyukur atas nikmat yg Allah berikan. Setiap kali mendirikan solat sy akan berterima kasih pada Allah dikurniakan suami yg sangat baik gan nikmat mengandung yg tidak dapat digambarkan dengan kata- kata.

Tapi Allah adalah sebaik2 perancang. Anak sy Sofia mati/meninggal dalam kandungan (stillbirth) pada usia 25 weeks / 6 bulan. Sy bagaikan tidak percaya dengan hakikat ini. Mungkin kerana 4 hari sebelum itu (Khamis) sy  baru buat check up di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak dan anak sy berada dalam keadaan baik, Checkup menunjukkan heartbeat Sofia 154. Jumaat sy berkerja dirumah, sabtu sy hadiri kenduri kahwin & open house, Ahad sy berjalan kaki dgn suami pada waktu pagi dan selebihnya menghabiskan masa bersama dirumah.

Isnin sy kembali ke office, since kandungan sy dah 6 bulan sy xsabar nk tahu jantina anak sy sepatutnya sy ada appoitment di Hospital Columbia Asia Cheras(sy check pregnancy private and gov) pada hari rabu tapi sy just xsabar selepas lunch sy pegi ke klinik Ibnu Sina di Cyberjaya. Sy ckp dgn doctor sy nk tahu jantina anak sy..

Doctor letak gel and mula scan perut sy.. Tapi dia diam je dan cakap 'sy tak dapat jumpe heartbeat baby, and baby not moving. ' sy xpercaya. Sy diam xberkata. Dia ckp dia akan siapkan surat utk sy refer to specialist  dia tak boleh nk confirm ape2..

Sy tunggu surat and sy xnangis. masuk kereta call husband sy mula nangis sbb sy baru teringat last scan baby sofia mmg sgt active kaki dia xberenti bergerak... sy mula percaya ckp doc.

Husband suruh sy bertenang. Dia akan balik secepat mungkin. Sy pulak kesat air mata dan balik ke office utk amik brg2 sy. Sy ckp dekat team lead sy I got half day leave I got to go.

Sy balik ke rumah kami di Putrajaya. Sy baring dan cuba merasa gerakan Sofia. Sy rasa ada denyutan diperut dalam hati ckp maybe doc was wrong Sofia still here. sy baring smbil tunggu suami balik.

Sampai saja dirumah sy suruh suami pegang perut sy. sy ckp ada denyutan kan syg? something is still moving here.. Suami angguk. Kami menunaikan solat asar dan bercadang nk pegi ke Klinik Maria di Alamanda just for another confirmation before decide pegi hospital and sadly yes.... Sofia is not there.

Since sy ada bad experience with private hospital kitorg decide nk pegi hospital kerajaan. Hospital Serdang. We believe hospital kerajaan ada facilities yg bagus compared to hospital private.(will talk about this later)

Pergi emergency tapi kene pegi wad bersalin sebelah tu. Daftar and kami menunggu doc utk membuat pemeriksaan.

Doc Farah panggil sy utk scan, and yes again Sofia has passed away -Intrauterine Death IUD. Doc terangkan that baby gone more than 24hours, looking at her size and etc. Doc terangkan kemungkinan yg terjadi apabila your baby is stillbirth , could be infection from vagina la, placenta la. etc.. Doc bg option utk keluarkan baby. Doc ckp we can wait smbil baby membusuk and naturally kuar or induce with contraction mcm org bersalin. Right away sy dan husband jwb nk buat induce but not on that day, tapi kiorg minta one day utk rest and doing the induce the next day (rabu) I guess that is the best decision. I dont want to carry Sofia yg dah meninggal and give false hope to myself.  Kami jelas dgn penerangan doc and before balik Putrajaya kitorg singgah rumah both our parents.

 Of course Parents sgt bersimpati dan sy pun simpati dgn mereka. :( they are too old to hear this sad story. Tapi sy tahu sy kene kuat sy xboleh nk tunjuk sy lemah depan mereka.

Malam tu sy dan husband tido dgn air mata. Sy kesiankan suami sy. kesiankan diri sy, kesiankan family sy. Sy sedih bile tgk brg2 yg sy dah beli utk baby kami. Baju2 yg sy kumpul sikit2..

Tapi.. sy buat2 kuat depan husband. Sy ckp sy nk makan aiskrim esok jom pegi Ikea nnti pantang xdapat makan.

Makanan kegemaran pun rasa xsedap lagi. Bile sy tenung muke suami sy yg tgh mkn, sy rasa nk nangis...Suami slalu ckp. kita kene serah diri pada Allah. Esok sy dh kene masuk wad. Sy kene kuarkan Sofia. dalam hati sy ckp moga Allah permudahkan.

Malam tu kami sembahyang magrib bersama. Suami jadi Imam, baca yasin, solat insyak and solat hajat bersama..  bile air mata sy nk kuar sy tahan.. Suami sy mmg sgt memahami... dia buat2 kuat..
selesai solat bile masa sy nk salam dia, sy peluk suami kuat2.. dia kekuatan sy. Sy tahu mungkin dia xpaham perasaan sy ketika itu.. Sblm ni sy slalu ckp dgn dia sy suke diri sy ketika sy pregnant. Sy suke mengandung.. sy suke perubahan diri sy. semuanye manis bagi sy. Bile sy nk ulang balik kata2 sy husband ckp .. 'sy tahu' sy menangis dgn kuat dan suami pun sama menangis. dia ckp 'sayang jgn mcm ni'...

Kami tido  dan bersedia ke hospital untuk keluarkan Sofia.

28 Aug 2014. Sy masuk wad kelas kedua, walaupun sy layak utk kelas pertama Doc ckp kes sy emergency. kelas pertama jauh.. and xramai doc/nurse standby kt sana.  Sy dimasukan ubat pertama pukul 4.30ptg. Family mak mertua dtg melawat..  Sakit2 sikit  tapi boleh tahan. Suami kene balik.. Dia xboleh tunggu sy sbb sy kene kuarkan baby kt wad bkn labor room.  Sy nk nangis tapi husband ckp jgn risau minta di permudahkan.

Itulah doa sy sepanjang malam.. Semoga Allah mudahkan.

Pukul 11 doc masukan ubat kedua. Contaction makin kerap dan sakitnye hanya Allah je tahu.. pukul 12 nurse ckp klu tak kuar nnti kita masukan ubat lagi kul 4am. Ya Allah sampi kul 4 sy kene tahan sakit ni. mudahkanlah sy Allah.. mudahkanlahh...

Kul 1am, mungkin Allah dgr doa sy.. contraction makin kerap. selang masa 10 saat je sy dapat rehat.. suhu bdn sy panas and sy diarrheaa atas katil kesan ubat..sy lemah. tapi sy tahu sy kene kuat utk kuarkan Sofia.

1.40am Sofia kuar dihadapan doc and nurse.. Nurse usap rambut sy. berpeluh2 sy.. Nurse ckp 'kesian.. anak pertama xde pengalaman..' Sy berhenti menangis, sy beristifar and ckp innalillah. sy amik nafas sebelum bgn utk bersihkan diri dari darah yg byk kuar..  Sy msg suami sy ckp sy dh selamat kuar Sofia. Allah permudahkan urusan ini. Sy amik panadol dan tido sblm nurse kejut sy utk scan rahim..

6.30am, Doc ckp ada lagi tissue uri dalam rahim sy.. dia cuba amik dgn jari tapi still ada so klu pagi nnti xkuar maybe kene buat dnc. Second scan 10am. yes. ada lagi

Kul 3.00pm sy buat dnc bius separuh badan. Sy baring 6 jam. Suami uruskan urusan pengkebumian Sofia. Suami ckp Sofia cantik mcm sy.. Sy xtgk Sofia. Sy xsanggup tgk Sofia. Semua ckp Sofia cantik... sy bersyukur urusan pengebumian berjalan lancar walaupun sy masih dihospital. Sy xsabar nk balik...

Jumaat dlm pukul 4ptg sy dibenarkan balik. Sy bgtahu kawan2 kehilangan Sofia.. terutama kwn2 yg saing2 bersalin dgn sy nnti.. sape2 yg nk dpt melawat sy xbagi.. Im too weak and xnk ulang2 cite. no visitor allowed.

Today.

Sy berpantang, sy cuti 2 bulan. I sentiasa merindui Sofia anak sy.. Sakit bersalin mmg epic tapi sakit bersalin anak xde lagi epic. haha.

Kadang2 bile berdua dgn suami. sy akan tanye why question, knp sy? knp kita? Suami akan ckp 'sbb kita awesome syg...'

Sbnrnye sy malas nk pegi keje.. mls nk jumpe kwn2 office. sbb perut sy xnmpk masa 5 bulan tapi bile 6bulan baru org notice.. now tetiba dah xde..  :(

Semoga sy redha dgn ketentuan Allah. Semoga sy kuat. Semoga sy nampak keindahan kehilangan ni. Semoga sy dapat nikmat akhirat dari dugaan ini. Semoga sy dekat dgn Allah. Semoga sy paham hakikat kehidupan ini. Semoga sy tak lupa. Semoga sy terus berusaha. Semoga sy tabah.

Semoga sy bahagia bersama anak tersayang satu hari nanti. InsyaAllah.

Sofia saham akhirat sy dan suami.

**Jika ada pembaca yg mengalami pengalaman yg sama komen amat2 lah dialukan..

Some things in life just do not make sense and are not fair. I often wonder why...but all we can do is keep going. You have survived so far, means you are strong. It will hurt and will always but time will teach you to live with it. I have not been through what you have been but I know feeling of loss, not that any loss would compare to yours...and I know that time does not make it easier or less painful but numbs it, we kind of find space for the grieve and know how to live with it and to go on...
All I say feels so empty cause there really is nothing that anyone can say to make it better but one thing, you are not alone. Try to talk to people...it really helps. Repetitions numbs the pain and you will see how others coped and you will feel for them like we do for you and it will lessen some of your pain..
Lots of hugs to you