Nk tunggu next appointment dengan doctor mmg seksa. Sy takut kecewa pada masa yg sama masih letakkan harapan.
Sy bukan buruk sangka pada Allah tapi ada dlm hati sy ada perasaan yg bukan2..
Penah ckp bende ni gan husband..
'Takut la jadi mcm Sofia lagi sekali. mcmane klu tak survive mcm sofia?'
'Ini lah dugaan kita, dugaan kita supaya jgn putus asa.... '
Okay.. sy iyekan je.
Sy xpenah nangis dgn suami sy pasal ape sy rasa. Dia xperlu tahu at this moment.
Sy act strong depan dia and yes I am.
Sy bnykkn doa pada Allah. Selagi janin ni dlm kandungan sy, semoga Allah pelihara. sembuhkan lah penyakit kerana kuasa sembuhan hanya pada Allah.
Keadaan kesihatan sy pun agak merisaukan. Sy dapat tahu sy ada heart problem. Doc ada bg ubat untuk regularkan heartbeat sy, Tapi sy xnk makan. Not until abis first trimester. A bit worrying jugak klu keputusan tu yg menyebabkan ape2 jadi pada Janin ni.. nauzubillah.
Sy tahu sy enjoy pregnancy dulu. :) berapa seronoknye expecting. changes yg berlaku pada badan ibu yg mengandung.. mmg priceless.
Sy takde daya nk tentukan keadaan anak dlm kandungan sy. bukan sy boleh control rahim dlm perut ni. Tapi sebagai ibu. ape lah yg lebih penting dari keseronokan mempunyai anak sendiri? I want this baby. Semoga Allah izikan.
Bile keadaan sukar, perasaan yg tak menentu sy penah teringat Ustaz Amin penah ckp selak lah Al Quran mungkin yg pertama sekali perkataan yg jumpe boleh menbantu kamu. Ye sy cuba. SubhanAllah... surah Al mukminun..
12.Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada saripati (berasal) dari tanah.
13. Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan dalam tempat yang kukuh (rahim)
15. Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging, Kemudian, Kami jadikan makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah.Pencipta yg paling baik.
15. Kemudian setelah itu, sesungguhnya, Kamu pasti akan mati
pastinya sy akan mati. Sofia akan mati. suami sy akan mati, sebab kita semua milik Allah. Doa sy kuatkan hati sy untuk menghadapi kematian itu. Sy terpilih mendapat shafaat Allah. Alhamdulillah.
Doa sy pasti untuk anak dlm kandungan ni. semoga Allah perkenankan doa sy. Amin.
Have faith in Allah.